Kemungkinan Greece Tidak Guna Mata Wang Euro Dikaji
CANNES: Kumpulan Negara 20 (G20) sedang mengkaji implikasi terhadap kemungkinan tindakan Greece keluar daripada Zon eropah dan kos hutang yang gagal dibayar negara itu, demikian menurut sumber pegawai kanan G20, hari ini.
“Berhubung isu Greece, kami perlu mengkaji kesemua senario dan kumpulan ini secara dalaman sedang menilai kos hutang negara itu. Kami berharap keputusan yang perlu tidak sampai ke tahap itu,” katanya.
“Sama ada Greece kekal menggunakan mata wang euro atau sebaliknya, ia adalah keputusan yang perlu dibuat zon eropah dan jelas amat membimbangkan G20. Kumpulan negara anggota perlu memahami kesan dan implikasi terhadap kemungkinan sekiranya Greece mengambil keputusan untuk tidak menggunakan mata wang euro Greece,” tambahnya lagi. – REUTERS