Pajak Gadai Islam-Ar-Rahnu YaPEIM
Assalamualaikum dan salam sejahtera pada mereka yang belum Islam.Alhmadulilah dengan izinNya diri ini masih mampu mencoret sepatah dua kata di dalam blog yang tidak seberapa ini.Sebelum saya bercerita panjang lebar mengenai topik kita pada hari ini iaitu Pajak Gadai Islam-Ar-Rahnu YaPEIM , saya ingin mengingatkan mereka yang masih keliru tentang EmasKini.com.
EmasKini.Com adalah Master Dealer / Dealer / Agen bagi sebuah syarikat emas tempatan iaitu Public Fine Gold International Sdn Bhd yang mengeluarkan product emas dalam bentuk gold bar dan dinar.EmasKini.Com tidak mempunyai productnya sendiri.So jika berminat memiliki goldbar dan dinar Public Gold / jadi agen boleh hubungi saya.
Satu lagi pesanan saya mengenai isu politik , sekarang kecoh mengenai gambar Menteri Besar Kelantan (Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat ) yang di ubah suai.Saya sendiri melihat gambar tersebut dan agak terkilan juga dengan sikap dan perangai orang kita.Gambar Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat disebar oleh seorang blogger melalui blognya.Saya berharap sangat , janganlah kita menggunakan kemudahan internet sebagai senjata untuk melakukan kejahatan dan mendatangkan keburukan.Saya juga tidak membela mana-mana pihak kerana yang tidak sepatut dilakukan memang tidak patut dilakukan.
Akhir sekali kita teruskan topik kita pada hari ini mengenai Pajak Gadai Islam-Ar-Rahnu YaPEIM.Ada pemilik golbar / syiling emas dan dinar semakin terseksa dikala memerlukan duit fiat.Kalau sebelum ini timbul isu dimana goldbar / syiling dan dinar tidak diterima di Ar Rahnu Bank Malaysia.So apa yang perlu dilakukan bagi penyimpan goldbar / syiling dan dinar emas ketika memerlukan duit fiat untuk kegunaan peribadi atau pun perniagaan ?
Gadai pada rakan-rakan ?
Jual terus pada rakan ?
Jual pada agen/syarikat ?
Saya tidak akan mengulas melalui kaedah di atas sebaliknya mencari alternatif di tempat gadaian swasta.Memang banyak pajak gadai islam di Malaysia.Salah satu adalah Ar-Rahnu YaPEIM.Pajak gadai Ar-Rahnu YaPEIM di miliki oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia.Disini saya ingin menyatakan pajak gadai Ar-Rahnu YaPEIM menerima emas dalam bentuk goldbar dan barang kemas sahaja.Syiling emas dan dinar tidak diterima.Saya sendiri tidak mengetahui sebab-sebab mengapa syiling emas dan dinar tidak diterima.
Berdasar pada pengalaman saya sendiri , berurusan dengan Ar Rahnu YaPEIM memang seronok.Lebih-lebih lagi staff yang bertanggungjawab “senyum sokmo”.Jika sahabat semua terdesak / perlukan modal , sahabat boleh pergi ke cawangan Ar Rahnu YaPEIM yang terdekat dengan membawa kad pengenalan , goldbar , resit pembelian dan sijil golbar.Bagi mereka yang pertama kali berurusan , kos RM10 diperlukan bagi yuran keahlian seumur hidup.So cubalah dan kongsi pengalaman anda bersama saya :)
Saya juga mempunyai pengalaman gadaian di Ar Rahnu YaPEIM Sg Petani, Kedah dimana saya buat gadaian emas PG 20g setelah BR bekukan gadaian gold bar.
Saya setuju dgn pendapat rakan Sabri dimana staff mereka memang mesra pelanggan, emas PG memang tiada masalah utk gadaian di sini cuma mereka memerlukan resit pembelian sebagai syarat di mana tertera jenis emas, ketulinan, berat dan no siri gold bar pada resit sama dgn tertera pada gold bar dan akhir sekali jika nama pembeli tertera pada resit pembelian maka proses gadaian 100% diterima.
Namun demikian, kadar marhum lebih rendah sedikit berbanding dgn BR. Namun ia sebagai sumber altenatif yg amat baik utk tujuan gadaian berbanding institusi lain.
[Reply]
emas kini Reply:
February 8th, 2010 at 10:43 pm
satu lagi….tempoh matangnya 6 + 4 bulan…sedangkan br 6 bulan
[Reply]
say ada bertanya di Ar Rahnu Yapeim Bandar Tun Razak.Kl…
tapi diorang ckp tak terima gold bar.. mcm maner plak eh.. dia depends pada cawangan ker mcm maner ?
[Reply]
emas kini Reply:
February 9th, 2010 at 10:43 pm
opsss tak terima erk…so maknanya sekarang , bergantung pada cawangan ler
[Reply]
yes btol:
bank rakyat dah x terima goldbar, dinar dan syiling emas. Mereka hanya terima brg kemas saja. Agro msh terima.
Kesimpulan yg boleh saya buat ialah mereka ni semua melayu islam yg terkenal dgn hasad dengki sesama sendiri. Tujuan arrahnu dibuka ialah untuk mengelakkan umat islam pergi ke pajak gadai kovensional yg mempunyai interest yg tinggi.
Alasan lain yg digunakan ialah kita mengambil peluang ni untuk buat bisness. hanya utk golongan miskin saja. Adakah org miskin mempunyai emas dan kita yg ada sedikit emas ni org yg kaya?
Soalannya, Adakah kita salah jika mengambil peluang ni utk kebaikan? kita bukannya mencuri, menipu dsbnya.
sy di melaka.
[Reply]
mudshuk Reply:
February 22nd, 2010 at 10:59 pm
Saya pun ada pengalaman yang sama pada awal Feb 2010. BR hanya terima Kijang, Maple Leaf, Dinar Kelantan dan emas perhiasan. PG tak masuk dalam list….!!!Saya tanya BR Masjid Tanah (MT) Melaka ini arahan BNM ka? Petugas kaunter itu kata ini arahan pihak atasan BR dan bukan arahan BNM. Saya tanya berapa lama?…..Tak tahu. Lepas tu saya pergi ke Arrahnu YAPEIM (AY) MT. Awal-awal lagi kena reject….!!! Panas hati betul. AY hanya terima emas perhiasan sahaja Last-last pergi ke Bank Agro (BA) Melaka. BA hanya terima RM118/gram. Pasal nak rolling terpaksala pi pajak kat AB….Saya cadang lepas ni pakat ramai-ramai beli emas perhiasan pi pajak kat BR….Pada 28/2/2010 PG lancar emas perhhisan pulak….
[Reply]
layari website saya untuk melakukan pelabran seakan2 emas
[Reply]
Salam… di mana saya boleh pajak dinar emas saya? Kalu Ar-Rahnu YaPEIM pun x boleh terima, jadi bank mana lagi yang boleh terima?
[Reply]
Sabri Ahmad Reply:
March 25th, 2010 at 11:37 pm
http://emaskini.com/forum/soal-jawab/senarai-institusi-pajak-gadai-di-malaysia/
[Reply]
macam mana kalau master dealer @PG pulak terima gadaian dari kami…he3 tak lah sakit kepala kami yg baru try nak jinak2 dengan emas..
[Reply]
Yapeim kt kk pun tak terima goldbar dan goldcoin. Selain tu barang kemas yg ada unsur keagamaan dan gambar haiwan tdk diterima gak
[Reply]
dtglah ke ar-rahnu express milik syarikat habib jewel.terima semua jenis emas kecuali gold bar sahaja hendaklah dibeli di habib sahaja yg blh di pajak.jg goldcoin pun boleh dipajak disini.untuk jual terus terima semua jenis emas termasuk gold bar.cawangan ade di ampang(sebelah habib), kuantan(bagunan malay town),penang dan di gombak.akan di buka di sungai buloh nanti.
[Reply]
Assalamualaikum wbt.
Saya ingin tahu berapakan had jumlah gadaian yang boleh digadaikan dalam sistem ar-rahnu ini?
2-Berapakah lama tempoh maksima gadaian yang ditentukan?
Harap maklum terima kasih.
[Reply]
salam…sy nk bertanya mengenai jenis2 emas yang diterima oleh pihak (ar-rahnu yapeim)….ape prosedur2nye dan bagaimana nk applied??da bleh x saya nk tahu brp rates dia…n ape perbezaan diantara bank rakyat,agro bank dan yapeim sendiri…boleh tlog terangkan..tq
[Reply]
Sayapun punya pengalaman yg sama cam org lain, ingatkan simpan emas 999,9 boleh gadaikan kat ar rahnu, tapi saya dah direject, dia orang x terima pajakan gold bar brand PAMP.sijil ada, resit belian ada.mana saya nak gie.tolong bagi bantuannya dan terima kasih banyak2.
[Reply]
Klue sesiape ada duit sikit, x payah beli gold bar lg.susah bila kita sedang kesempitan duit.
[Reply]
Kalau sy nak buat gadai sikit shj ,boleh ke.
[Reply]
Pos Ar rahnu Sdn Bhd menerima gadaian gold bar untuk jenama public gold dan pamp ssuise..untuk dinar apa2 jenama diterima..Pos Ar Rahnu Pos Malaysia juga ada menawarkan khidmat menjual emas public gold dan juga membeli barang emas terpakai dan juga Ar Rahnu simpan.Cuba la membuat gadaian di sana cuma tidak terdapat di semua cawangan Pejabat Pos hanya pejabat pos tertentu sahaja.
[Reply]
ar rahnu yapeim dulu mmg menerima GB tp sekarang tdk lg..mereka cuma menerima GB yapeim shj.. pembiayaan 65% untuk ahli baru dan lama 70%.. upah simpan dikenakan mengikut hari dan kadar yang ditetapkan pihak mereka
[Reply]
rasa rugi pulak beli goldbar Ben Chik dengan Amethyst.. semua tempat ar-rahnu tak terima untuk gadaian..
[Reply]
Sabri Ahmad Reply:
January 31st, 2017 at 4:08 pm
salah satu ciri2 emas yang patut dibeli adalah “mudah utk digadaikan” .
[Reply]
ar rahnu yapeim tidak ambil goldbar, dinar,syiling..dll yg melibatkan pelaburan..ar rahnu kini lebih berhati-hati dalam menerima gadaian…
[Reply]
lol sejak bila pulak ar rahnu bank rakyat tak terima GB ni..pandai2 je reka cerita..3tahun saya kerja di ar rahnu bank rakyat dan tak pernah diorang keluar kan statment Gb di beku kan dari gadaian
[Reply]