Public Gold Jalin Usahasama Dengan Nadir Metal dari Turki

Isnin, 19 January 2015 Georgetown : Public Gold Marketing Sdn Bhd (Public Gold) terus melakar sejarah dalam perniagaan emas dan perak apabila menjalinkan kerjasama dengan syarikat terkemuka Turki, Nadir Metal Rafineri dalam pembuatan dan pengedaran emas keluaran Public Gold.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold Datuk Louis Ng berkata, kerjasama dengan syarikat yang sudah bertapak sejak 1967 itu mula diperkenalkan sejak Oktober lalu sebelum secara rasminya memeterai perjanjian persefahaman (MoU) bersama Public Gold, kelmarin.

Beliau berkata, keyakinan Public Gold dan Nadir Metal sememangnya amat tinggi, sekali gus menjadi hubungan dua hala dalam memacu hala tuju perniagaan emas dan perak untuk terus melangkah jauh terus di pasaran dunia.

“Kelebihan ini menjadi nadi kekuatan buat Public Gold kerana kedua-dua syarikat menjalankan perniagaan sama selain sasaran untuk terus memperkenalkan lagi produk berkualiti kepada pelanggan dan perniagaan emas pula semakin memberangsangkan,” katanya.

publicgold mou nadir

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Majlis Menandatangani Penjanjian Persefahaman (MoU) dengan Nadir Metal Rafineri dan Oracle ERP Solutions di Wisma Public Gold, Batu Maung.

Hadir sama, Pengurus Jualan Nadir Metal Rafineri, Firat Sekerci dan Pengurus Besar Pasaran Malaysia dan Filipina Oracle Corporation, Nik Feizal Hanafi dan Pengarah Oracle Gold, Marshall Gan.

Bagi Sekerci, kerjasama yang terjalin itu membuktikan kepercayaan Public Gold terhadap syarikat yang menjadi antara pengeluar dan pembekal emas ketiga terbesar di dunia selepas China dan India.

“Berbekalkan misi dan visi yang sama dalam perniagaan emas, kerjasama ini dapat mengembangkan lagi pasaran Public Gold ke peringkat yang lebih tinggi kerana memiliki pengiktirafan tertinggi di dunia,” katanya. – http://www.hmetro.com.my/node/24665?m=1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *