RM1 Juta Untuk Bersara Selesa
RAKYAT Malaysia memerlukan simpanan sekurang-kurangnya RM1 juta bagi memastikan kehidupan selesa selepas bersara.
Pengarah Kanan Hubungan Pelanggan ReMark Malaysia, K Sasitharan, berkata berdasarkan kajian dijalankan membabitkan sebilangan besar pesara di negara ini, ramai tidak dapat mencapai jumlah simpanan sepatutnya menyebabkan mereka terpaksa mencari kerja walaupun selepas bersara.
Beliau berkata, kegagalan membuat simpanan mencukupi itu disebabkan mereka tidak merancang kewangan lebih awal dan tiada sikap disiplin dalam menabung.
Menurutnya, kajian itu turut menunjukkan bahawa simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikumpul bertahun-tahun hanya mampu bertahan tiga tahun sahaja.
“Dengan ini, saya menyarankan kerajaan menimbangkan semula cadangan usia persaraan dari 55 tahun kepada 65 tahun,” katanya ketika ditemui selepas Seminar Perancangan Kewangan yang diadakan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2010 di Kuching, Sarawak.
Katanya, usia persaraan 55 tahun adalah terlalu awal untuk rakyat Malaysia memandangkan usia itu dianggap masih belum matang berbanding di Eropah dan Jepun yang mengamalkan pencen pada usia 65 tahun. – Bernama
Soalan saya pada diri sendiri dan sahabat semua.Adakah kita mampu menyimpan duit fiat RM1 juta ? Ada yang mengatakan mampu dan ada jugak yang mengatakan tidak mampu.Bagi saya , kita semua mampu jika kita rancang kewangan lebih awal dan berdisiplin dalam menabung.Orang kita agak sukar untuk menyimpan duit fiat kerana bagi saya duit fiat berhantu ( mudah untuk digunakan ) , so apa kata kita sama-sama simpan duit kita dalam bentuk emas.Emas tidak berhantu kerana kedai pasarraya tidak menerima bayaran dalam bentuk emas.Lagi best nilai emas sentiasa meningkat berbanding nilai duit fiat yang semakin jatuh.
Sebagai contoh , jika sahabat mempunyai duit fiat RM1 juta dalam simpanan sekarang.20 tahun akan datang nilainya tidak sama dengan nilainya sekarang.Tapi emas yang bernilai RM1 juta sekarang akan lebih bernilai 20 tahun akan datang.So sama-samalah kita fikir dan renung.Tindakan hari ini menentukan masa depan kita semua.
1. RM1 juta ~ 8kg emas.
2. Kalau bersara umur 65 tahun, sapa lagi yang larat nak kerja pada umur tue. Sedangkan pada umur 50 tahun pun dah rasa tak larat. Nak buat bekalan amalan akhirat lagi. Sempat ke?
[Reply]
soal larat lagi ke tak , mesti larat punya . kalau x larat macam mana masih ramai yang kerja selepas pencen pada masa sekarang.
kerjakan satu ibadah , so takkan nak tunggu umur selepas 50 tahun baru nak buat amalan akhirat :)
[Reply]
memang la kerja tu satu ibadah tapi masa kerja perkara-perkara ibadah seperti wudud,solat, wirid,doa semuanya berkejar sebab nak jalankan tanggungjawab, begitu juga dengan kenduri kendara, asyik sibuk memanjang sampaikan bertandang rumah saudara menjadi wajib apabila dijemput sahaja! jadi lepas pencen la harapnya dapat memberi tumpuan yang lebih kepada ibadah dan merapatkan hubungan kekeluargaan. Tapi kalau umur 55 tahun dan ke atas masih sibuk sama seperti graduan baru masuk kerja alamatnya solat dhuha tangguh lagi le ! Bila nak mula semua tu …. takkan nak belajar quran curi masa pejabat !!!
[Reply]