Tahniah Kepada JarumEmas.Com & EmasManjung.Com
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.Tidak ada berita penting / ilmu penting mengenai emas yang ingin saya kongsi disini.Artikel ini hanya sekadar mengucapkan tahniah kepada saudari Yati dan saudara Mohd Zamri selaku admin blog mengenai emas iaitu JarumEmas.Com dan EmasManjung.Com.Semoga kehadiran beliau dapat memeriahkan lagi pesta emas di Malaysia.Walaupun kedua-dua mereka bukan agen bawah rangkaian EmasKini namun matlamat mereka sama dengan matlamat EmasKini.Com.
p/s : Saya masih lagi bersedia untuk membantu sahabat semua memiliki satu website/webblog seperti ini bagi melakukan promosi secara online.Klik di link ini , maklumat selanjutnya.
Assalammualaikum En Sabri.
Terima kasih diatas khdmat nasihat dan sokongan yang diberikan. Insyaallah saya sedang usaha untuk menyediakan maklumat untuk dimuatkan di dalam blong saya ini. Sekian
[Reply]
moneyyyy
[Reply]
blurr
[Reply]
Salam tuan,
Saya berminat untuk menggantikan blog sedia ada saya, http://www.saudagardinar.com kpd blog yang baru. Harap tuan dapat bantu.
Menanti jawapan.
[Reply]
saya sedia membantu….boleh email kepada saya maklumat lanjut
[Reply]
salam, bertambah banyak dah blog / site emas kat m’sia ni….gooogle jer beratus dah blog….anyway….good work
[Reply]
Pelaburan emas dan dinar tu sendiri berunsur RIBA secara tersembunyi. Apa tidaknya, nilai/harga emas dan perak itu berubah-ubah berdasarkan spekulasi dan kuasa penawaran/permintaan yang tidak berasaskan kepada nilainya yg sebenar. Yg lawaknya, para trader emas/perak ni sama ada sedar atau tidak telah memperalatkan hadis dan agama Islam untuk melariskan jual beli mereka….konon atas dasar agama demi menyelamatkan umat Islam daripada RIBA tapi hakikatnya para trader malahan pelabur-pelabur ini sendiri berebut untuk makan hasil riba.
Apa yg aku maksudkan hasil riba?
Begini:
Pada tahun 2010, katakan A membeli 1 dinar pada harga RM400. Katakan nilainya itu adalah munasabah dengan harga seekor kambing yg berharga RM400. Pada saat ini, nilai intrinsic dinar itu adil dan munasabah….lalu menjadikannya selari dengan semangat sistem ekonomi yg dianjurkan oleh agama Islam.
Tiba-tiba setahun selepas itu, iaitu pada tahun 2011, akibat daripada kegilaan emas dan dinar di kalangan trader dan pelabur, permintaan emas dunia dan tempatan meningkat, menyebabkan harga emas 1 dinar naik menjadi RM800.
Di sinilah perlu diperhatikan bagaimana emas 1 dinar itu telah menjadi mangsa RIBA di mana nilainya telah berubah dari RM400 kepada RM800 hanya kerana faktor perbezaan masa (setahun). Adakah dalam tempoh setahun, harga kambing yg mempunyai spesifikasi yang sama telah berubah dengan begitu drastik daripada RM400 kepada RM800?
Dalam kata lain, pada tahun 2010 seorang penjual kambing boleh menjual kambingnya pada harga 1 dinar, tetapi pada tahun 2011, penjual kambing itu tidak lagi berupaya untuk memperolehi 1 dinar bagi seekor kambing kerana harga dinar itu telah berubah (meningkat). Pada tahun 2011 si penjual kambing hanya akan dibayar 0.5 dinar sahaja bagi seekor kambingnya.
Bukankah di situ wujudnya RIBA? Iaitu suatu barangan yang sama spesifikasinya berubah-ubah harga bayarannya. Ada pihak yang teraniaya, dalam kes di atas, pihak penjual.
Situasi di atas boleh menjadi TIDAK RIBA sekiranya si pembeli sanggup mengenepikan soal keuntungan diri iaitu dengan tetap membayar harga kambing itu pada kadar 1 dinar sama ada pada tahun 2010 atau 2011.
Tetapi, adakah ini realitinya yang berlaku dalam dunia hari ini? Hatta para trader yang menjaja hadis Nabi ke hulu ke hilir tentang betapa syarie emas dan perak pun tidak sanggup untuk membayar kambing itu menggunakan kadar dinar yang sama. Hmmm…mungkin la kot ada segelintir kecil yang benar-benar takutkan Allah sehingga sanggup melepaskan peluang membuat untung melalui advantage conversian dari dinar/dirham kepada wang fiat.
Sama lah juga dengan pelabur-pelabur pasif emas dan dirham yang konon-kononnya ingin melabur wang mereka dalam bentuk yang syariah compliant. Suatu masa kelak mereka akan convert semula emas & perak fizikal mereka itu kepada wang fiat demi menikmati peningkatan harga emas & perak itu dari perspektif wang fiat. Dengan wang fiat itulah juga mereka akan membeli-belah barang-barang yang ingin dinikmati.
Jadi di manakah yang dikatakan syarie dan non-riba itu kalau sudah akhirnya characteristic riba wang fiat itu juga yang menjadi mekanisme yang menjana keuntungan pelaburan ”syariah” mereka itu?
[Reply]