Saya Sudah Miliki Duit Emas , Anda Bila Lagi

Alhamdulillah , emas tidak pernah mengecewakan saya selama ini.Saban hari ia membuatkan saya gembira walaupun dalam dalam tempoh sederhana harga emas ada naik dan turun.Namun nilainya tidak pernah turun.Sejak mengenali emas , saya rasa lebih tenang dan bersyukur dengan nikmat kurniaNya . Inilah salah satu logam ciptaan Allah Taala untuk umat manusia di dunia dan akhirat yang mempunyai 1001 rahsia.

Ketika artikel ini ditulis,harga emas mencuri perhatian dan perasaan pemiliknya.Untuk makluman semua sahabat , harga emas dan perak sekarang mengalami kejatuhan yang amat mengejutkan pemiliknya.Pada awal November 2011 , harga emas melonjak ke paras tertinggi iaitu USD1800.Namun kini menyusut ke paras yang mengejutkan iaitu sekitar USD1600 dalam tempoh 1 bulan sahaja.

Sebagai seorang penyimpan emas , kita tidak seharusnya gelisah dengan situasi ini kerana naik dan turun harga emas adalah lumrahnya selagi ia dinilai melalui matawang.Anda harus yakin nilai emas tidak pernah turun walau apa pun keadaan kerana emas tidak boleh dimusnah dan ia diguna ribuan tahun sebelum ini.

Baiklah , apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah mengambil peluang ketika harga emas menyusut.Jika harga emas pernah menyentuh paras USD1800 , tidak mustahil ia akan kembali ke paras tersebut malah akan lebih tinggi.Jika duit simpanan anda dalam kawalan saya , saya akan tukar duit fiat anda kepada aset emas / duit emas :) . Berikut adalah carta graf harga emas dalam tempoh 2 bulan sebelum ini dan harga emas keluaran Public Gold.Bagi mereka yang berminat memiliki emas keluaran Public Gold boleh hubungi saya untuk maklumat detil.

One Response so far.

  1. Pelaburan Emas says:

    harga emas pada akhir tahun ini amat mengejutkan kebanyakkan pihak..ianya jatuh merudum keparas yang tidak dijangkakan oleh penyimpan emas terutama mereka yang baru berjinak dalam bidang pelaburan emas ini tapi tiada siapa yg dapat mnganggarkan harga emas pada tahun 2012,adakah ianya akan terus menjunam?..mmg benar ape yang dikatakan oleh Tuan admin,kita perlu manfaatkan ketika harga emas jatuh dengan membeli seberapa banyak emas yang mampu untuk simpanan masa hadapan.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *