Skim Cepat Kaya Melalui Wang Pos
Skim cepat kaya dikesan di Perak
Oleh ANI AWANG
utusanperak@utusan.com.myIPOH 24 Mac – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Perak (PPDNKKP) mengesan satu kegiatan skim cepat kaya yang bergerak aktif di negeri ini sejak awal Januari lalu.
Skim tersebut menggunakan taktik meminta pelabur membeli wang pos dan wang pos tersebut akan diedarkan pula kepada pelabur lain.
Antara modus operandinya adalah menjadikan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sebagai sasaran untuk mengembangkan kegiatan haram tersebut selain membabitkan para pekerja pejabat.
Menurut Pengarah PPDNKKP, Mokhtar Sulaiman, operasi berbentuk skim piramid itu dikesan dimulakan di bandar raya ini dan Taiping oleh seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 40-an.
Aktiviti tersebut dipercayai bergerak aktif selepas kegiatan gores dan menang berjaya dilumpuhkan sebelum ini.
”Selain memujuk, pengusaha skim tersebut juga mengedarkan risalah bagi meminta pelabur membeli wang pos dan mengirimkan wang pos tersebut kepada pelabur lain yang terbabit dengan skim itu.
”Melalui kiriman wang pos di antara RM10 dan RM30 setiap satu, pengusaha skim ini dan pelabur lain mampu mengaut keuntungan. Ini merupakan satu kegiatan mengambil deposit secara haram,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Cabaran Pengguna Di Pasaran 2010 anjuran Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia Negeri Perak di Dewan Bandaraya Ipoh di sini hari ini.
Mokhtar berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap pengusaha dan mereka yang terlibat menjalankan kegiatan skim cepat kaya itu.
Pada masa yang sama, kata beliau, pihaknya akan mengadakan ceramah kesedaran di IPT di negeri ini bagi memastikan para pelajar tidak terpengaruh dengan skim cepat kaya itu.
”Pengendali skim ini tahu pelajar mendapat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan mereka mengambil kesempatan mempengaruhi pelajar menyertai skim tersebut,” katanya.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak tertipu dengan kegiatan skim cepat kaya itu dan melaporkan segera kepada pihak berkuasa berkaitan aktiviti tersebut untuk tindakan lanjut. – Utusan Online
saya sendiri pernah berjumpa dengan salah seorang yang menyertai skim wang pos seumpama ini (orang power wang pos ler )….tp Alhamdulillah saya tidak menyertainya kerana saya kaji sebelum menyertainya….
1 ) Bila tiada orang menyumbang maka tiada ler hasilnya…
2 ) Konsep sumbangan ikhlas tetapi mengharapkan pulangan ( itu dianggap ikhlas ker kalau mengharapkan balasan ) dan banyak lagi keraguannya……….
[Reply]
member2 saya ramai dah menyertai skim ni..saya sendiri tengok..duit banyak habis,tapi pulangannye x nampak pown..adakah skim ini haram?apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya ada pihak yang cuba mempertahankan skim ini?
[Reply]