Sumber Inspirasi Dari Sekeping Emas Atau !

Salam sahabat emas semua.Minggu ini permintaan untuk membeli emas agak kurang berbanding sebelum ini.Adakah kerana harga emas yang agak rendah dah harganya yang tidak menentu.Yang peliknya , masa harga memuncak naik , ramai pulak pembeli emas.Masa harga murah , kurang pulak orang yang ingin membelinya.Petang tadi sempat berborak dengan seorang pelanggan mengenai emas.Dia ada mengatakan “orang kita suka mengambil tindakan bila melihat sesuatu produk , cepat naik harga atau dalam istilah lain cepat menguntungkan.So masa tu lah mereka akan mengambil keputusan untuk membelinya.”Entah lerrrr

Sekarang masa sesuai untuk beli emas kerana harganya yang agak rendah.Besar kemungkinan awal tahun depan atau pun lepas Krismas harga emas akan mula naik ke paras USD1250/oz.So masa tu , ramailah akan membeli emas :) kerana orang kita banyak duit.

Kita teruskan dengan celoteh saya pada kali ini mengenai sumber Inspirasi dari sekeping emas.Setiap dari kita mempunyai sumber inspirasi.Lain orang lain sumber inspirasinya.Tidak salah jika saya mengatakan “orang yang tidak ada inspirasi tidak akan berjaya”.Sumber inspirasi yang paling berkuasa sekarang adalah duit/matawang dan kereta mewah.Betulkan…..Kalau tak percaya cuba tengok gambar di bawah.Yang mana satukah yang menarik perhatian anda.

inspirasi-gold

duit-malaysia

2 Responses so far.

  1. goldemas says:

    pendapat saya, mungkin orang ramai akan jadi lebih kepada ‘tunggu dan lihat’ selepas penurunan harga emas kali ini. kerana mereka mengharap harga emas boleh turun lagi rendah. lebih rendah dari 1000usd/oz. hehehe.

    [Reply]

  2. mashatta says:

    Betul sekali, saya pun menghadapi situasi yang sama. Masa Emas tengah murah kurang pula pelanggan yang bertanyakan EMAS. “Harga EMAS turunlah” tapi masih tidak mengambil keputusan membeli. “Aku nak tunggu dia turun lagilah” adalah ayat lazim .. hu.hu.hu……

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *