Takut Libatkan Diri Dalam Pelaburan Emas ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat.Alhamdulillah dengan izinNya , saya baru selesai membuat penghantaran goldbar 50 gram dan 1 dinar 3 keping.Terima kasih pada pembeli yang tidak ragu-ragu dengan kelebihan menyimpan emas walaupun semalam tersebarnya isu sindiket pelaburan emas.

Mengapa sindiket penipuan seperti ini boleh timbul di dalam masyarakat yang serba canggih dan modem.Inilah lumrah hidup yang semakin mencabar.Hanya mereka yang sabar dan berilmu mampu mengelak dari sindiket seperti ini.Bila direnung , 100% kesalahan tidak boleh diletak pada bahu mereka yang melakukan penipuan tetapi 20% patut diletak pada bahu pengguna/mereka yang kena tipu.Golongan ini boleh di kategori sebagai “tamak”.Pepatah Melayu ada mengatakan , “mereka yang tamak selalu rugi”.

So memandangkan ada pembeli/agen PG yang sedikit tergugat dengan isu ini , saya ingin memberi sedikit penjelasan.Seperti yang kita sedia maklum Public Fine Gold International hanya menjual dan membeli emas.Syarikat ini tidak menjanjikan sebarang keuntungan tetap.Apa yang syarikat janji adalah “mereka akan memberi komsien kepada agen setiap kali urusan jual beli”.Emas yang syarikat jual adalah tulen dan menjanjikan akan membeli emas tersebut.So syarikat Public Fine Gold International tidak terlibat dalam mana-mana skim cepat kaya dan seumpamanya.Adakah kita patut tukar nama pelaburan emas kepada perniagaan emas ? Perkataan “pelaburan” digeruni oleh kita semua……

Ada yang mengutarakan pendapat pada saya.Kalaulah Public Fine Gold International tutup/bankrap/lari dan seumpamanya.Apa yang bakal berlaku pada pembeli/agen?So jawapan paling mudah yang dapat saya beri adalah , “apa nak bimbang , kitakan ada emas kat tangan , so terpulanglah pada kita apa nak buat , nak lebur ke , nak jual pada orang lain ker kerana emas tetap emas.

2 comments

  1. Bravo! saya sokong..
    “apa nak bimbang , kitakan ada emas kat tangan , so terpulanglah pada kita apa nak buat , nak lebur ke , nak jual pada orang lain ker kerana emas tetap emas.
    saya sokong pernyataan tersebut!
    bukannya kita beli emas..tapi x dapat emas..
    😉 itu kelebihan PG

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *