200 Pelabur Emas Berkampung di Pejabat PM
Kira-kira 200 orang pelabur skim pelaburan emas, Bestino “berkampung” di luar pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini untuk meminta Datuk Seri Najib Abdul Razak campur tangan bagi
menyelesaikan masalah pengeluaran wang mereka.
Wakil Jawatankuasa Bertindak Pelabur Bestino, K Kunasekaran (bawah) berkata, tindakan itu diambil setelah masalah masih tidak dapat diselesaikan walaupun tiga perjumpaan diadakan bersama Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
NONE”Isu ini sudah tiga tahun. Tiga kali kita jumpa dengan menteri kewangan kedua bersama peguam dan ahli jawatankuasa kami. Dan ini juga merupakan kali ketiga kami datang ke pejabat perdana menteri.
“Kita tak ada pilihan. Jadi kita nak jumpa perdana menteri dan mahu minta dia campur tangan. Dia kata rakyat didahulukan. Kita akan tunggu di sini sampai dapat berjumpa perdana menteri,” katanya.
Pada Februari lalu, empat pengarah Bestino dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas 322 tuduhan pengubahan wang haram RM156.2 juta dan lima tuduhan menerima deposit tanpa lesen.
Bank Negara pula merampas aset syarikat itu di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2011 (AMLATFA) berjumlah RM24.2 juta sebagai bahan bukti.
Sebanyak RM411 juta wang dilaburkan oleh 6,764 pelabur dalam Skim Bestino.
Keluhan pelabur
Sementara itu, seorang pelabur A Kupusamy, 68, dari Ipoh Perak berkata, beliau melabur dalam skim pelaburan emas itu sebanyak RM50,000.
NONEKupusamy yang mula melabur pada Oktober 2008 berkata, beliau mula melabur apabila ada rakannya yang mengajak untuk membuat pelaburan di Bestino.
“Saya melabur RM50,000. Itu semua duit simpanan saya. Dulu saya seorang mekanik. Sekarang saya dah tak ada apa-apa,” katanya.
Selain itu, menurut seorang bekas pekerja kilang, S Kamalavalli, 58, beliau bersama suami melabur sebanyak RM95,000 tiga tahun lalu selepas seorang agen Bestino datang ke rumahnya di Sungai Siput, Perak.
NONEKamalavalli yang kini tidak mempunyai pekerjaan berkata, beliau telah melaburkan semua wang pencennya ke dalam skim pelaburan itu.
“Saya sangat susah hati. Sekarang duit langsung tidak ada. Semua duit KWSP saya masuk dalam skim pelaburan itu.
“Agen itu datang rumah dan paksa saya melabur. Dia tau masa itu saya sudah mahu pencen.
“Sekarang ini suami saya pun sakit dan anak-anak pun marah saya sebab masukkan semua duit simpanan. Saya minta perdana menteri dapat tolong kita,” katanya yang mempunyai tiga orang anak yang juga bekerja di kilang.- http://www.malaysiakini.com/news/212983
Erm, nama pon melabur, mesti ade risiko, bile da jadi mcm nie, mula nk bising, mula2 sebelum join, x sedar kah?? berani labur banyak, berani la tanggung risiko besar… Bwt sesuatu keputusan, kena pikir btol2 dulu.. jgn sampai nasi jadi bubur.. mula nk bwt demonstrasi… kesian tu, kesian la..
[Reply]
Sabri Ahmad Reply:
November 1st, 2012 at 11:39 am
sebetulnya , soal selidik sehabis mungkin sebelum melakukan/join
[Reply]
bila nak melabur itu kata-kata manis bukan main…memang namanya pelaburan tapi konsepnya sama juga cam simpanan kat fixed deposit tu..ada juga pulanganya…duit yang dilabur itu hasil titik peluh sendiri…ingatkan duit sebegitu takkan ke mana.. manalah tahu lain pula jadinya..yang hairannya mr.chong tu masih kat luar siap buka kedai emasnya tu..harap pihak kerajaan dapat tolong rakyat yang menjadi mangsa…kesian tu…harap pihak yang memegang duit tu jangan ada hati nak salahguna duit tu sebab ia bukan hasil titik peluh mereka pun..sekadar pulang balik separuh daripada yang dilabur itu pun consider ok…bnm tu pun satu…skim pelaburan ini dah mula 3 tahun lepas tapi tiada pula tindakan yang diambil…bila dah sampai berjuta-juta baru nak pulun nak ambil tindakan…inike namanya efisyen..bukan 1 atau 2 pelaburan yang senaraihitamkan oleh bnm…tapi dalam lingkungan puluhan..janganlah cekik darah orang…
[Reply]