Teknik Gandakan Simpanan Emas Dengan Cepat

Tips ini cukup simple tapi hasilnya cukup luar biasa.Tips ini dia ajar oleh sifu emas Syukor Hashim ( penulis blog JutawanEmas.com ).Ilmu ini tidak berhasil selagi anda tak mulakan tindakan.Apa-apa keputusan terhasil setelah melalui proses tindakan.Jom ikuti tips dibawah ya ;

Tips: Bagaimana meningkatkan simpanan emas anda dengan cepat!

Saya ingin berkongsi rahsia, bagaimana saya berjaya membantu ramai orang menyimpan emas dengan begitu cepat. Teknik ini dijamin berkesan.

wallet gold

Saya namakan teknik ini sebagai Teknik Kejar 5 Gram.

===============
Teknik Kejar 5 Gram.
===============

Objektif: Membina simpanan emas secepat mungkin. Bermula dengan jongkong emas 5 gram.

Caranya:

1. Anda cuma perlu membuka akaun Gold Accumulation Program (GAP) dan ikut langkah-langkah dibawah.

=========
Mula-mula:
=========
1. Letakkan niat dalam hati “aku nak kejar jongkong emas 5 gram secepat mungkin”

2. Buka akaun GAP dengan 1 gram.Anda juga boleh mula lebih (ikut kemampuan).

3. Kejar 5 gram dalam akaun GAP secepat mungkin. Tak perlu tengok harga , top up gap sampai akaun anda mencecah 6 gram

4. Lepas cukup 6 gram ini, keluarkan terus jongkong emas 5 gram. Hanya bayar RM5 premium.

Jongkong emas 5 gram ini MESTI letak dalam beg duit sebab:

1. Aura emas lebih dekat anda. Bayangkan aura emas 5 gram (harga RM1000) dalam wallet. Fuh! Terasa kaya.

2. Senang untuk tengok emas ini selalu. Kalau nak tengok emas, boleh keluarkan anytime.

3. Emas yang kita tengok selalu, ia akan mempengaruhi minda di bawah sedar. Kita akan rasa seronok dan bermotivasi lagi untuk mengejar simpanan emas.

4. Emas 5 gram lebih mudah nak kejar, berbanding emas yang lebih besar. Jadi kita lebih bermotivasi.

5. Teknik kejar 5 gram ini terbukti membantu ramai orang mengejar simpanan emas dengan lebih cepat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *